Thursday, August 25, 2011

Bengang..




Ah! Benci. Sana sini pasang lagu raya. Macam diorang ja raya, aku ni tak raya...hmm... memang katogari tak raya ponn aku ni.... Aku kan tak balek kampong.... uwaaaa, makkkk...nak raya jugak. Apala mak aku buat sekarang ni. Buat biskut ka, buat serunding ka, ke dok teringat kat aku...(ingat ka mak aku kat anaknya nih...)

Apa-apa ponn terpaksalah aku beraya jugak kan. Tak kan lah aku sanggup biar anak laki aku makan sekut dalam tin kan. Hai...mood raya...mood raya...datang la kau....

Ps : Entri ni hanya selingan (a.k.a luahan perasaan) tiada kena mengena dengan sesiapa hatta mak aku ponn....


Wednesday, August 24, 2011

Mengajar Anak Erti Puasa

Salam semua...

Kadang-kadang aku sendiri pun terfikir, adakah kita ini benar-benar telah mendidik anak-anak kita erti puasa yang sebenarnya; ataupun kita hanya mengajar anak kita berpuasa (tidak makan tidak minum dari selepas sahur sehingga azan Maghrib)

Erti Puasa : Menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa...

...tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa??! Emmm...kalau anak aku tanya soalan ini pun aku dah haru biru nak menjawabnya. Aku terfikir, fahamkah dia kalau aku cerita pun. 

Sekadar apa yang boleh aku kongsikan, aku cuma cakap anak aku puasa itu satu rukun dan wajib kita tunaikan. Sure lah dia tanya kenapa wajib kan...lepas tu aku jawab balik, supaya kita sedar dan sentiasa ingat orang lain yang kelaparan yang kehausan yang amat sangat. Aku google gambar-gambar orang yang kebuluran dan dalam kedhaifan yang amat... Subhanallah...Alhamdulillah... bertuahnya anak-anak kita.

Anak sulung aku mula diajar supaya berpuasa mulai umurnya 5 tahun. Hari pertama amatlah perit baginya. Untuk aku, tidak ada istilah separuh hari kerana aku juga dididik sebegitu dahulu. Mama lapar...mama, kakak lapar.... Itu saja yang dia sebut. Kalau berzikir pun dapat pahala berkarung! Aku google gambar lain lagi untuk dia. Kali ini aku google gambar tabiat orang Malaysia yang suka membazir, terutama makanan. Aku buka 2 pages, 1 page Hunger African Boys. 1 page lagi Wasted Food. Kali ini matanya berkaca. Bukan lagi kerana lapar...tapi kerana faham apa erti puasa mengikut pengertiannya sebagai kanak-kanak. Untuk aku pula, syukur Alhamdulillah kerana anak adalah amanah....








Pesanan ikhlas juga untuk diriku sendiri, peliharalah amanah anugerah Allah. Sekian.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...