Sunday, January 16, 2011

Mengajar Anak Tidur Di Bilik Sendiri


Bagaimana caranya anda mengajar anak kecil tidur di bilik sendiri? Berapakah umur yang sesuai untuk mengajar anak tidur di bilik sendiri? Bolehkah anak kecil itu berdikari untuk tidur sendiri di waktu malam...?

Semua persoalan itu aku sendiri pun mengalaminya, ialah masa aku kecil dulu pun sampai umur 9 tahun masih tidur dengan mak dan ayah lagi...so bila aku dah jadi mama ni aku terfikir la...tak kan nak biar anak-anak aku tidur sekatil bersama kami suami isteri sehingga umur 9 tahun kan....dah besar tuu.
Kalau nak diikutkan, memang tidak ada umur yang khusus untuk mengajar anak tidur sendiri di bilik berasingan. Bahkan kalau di negara barat, umur anak 3 bulan pun dia dah asingkan tempat tidur. 

Mulakan Dengan Menjarakkan Tempat Tidur

Untuk permulaan, cuba jarakkan tempat tidur anak anda. Sebagai contoh, letakkan bantal peluk sebagai pemisah antara anda dan anak anda. Bagi tahu pada nya bahawa bantal peluk ini adalah sempadan masing-masing. Sebelah sana sempadan untuknya dan sebelah sini adalah sempadan untuk kita. Sebagai permulaan, bantal peluk diletak dekat sahaja dan lama kelamaan dijauhkan memasuki 'sempadan' anak anda.

Letakkan Katil Bersebelahan Katil Anda

Setelah berjaya dengan cara 'sempadan', beralih pula dengan cara meletakkan katil anak bersebelahan dengan katil anda. Dengan cara ini, si anak masih merasakan bahawa dia masih lagi tidur bersama ibu dan bapanya. Anda boleh memberi tahu anak anda bahawa dia bebas untuk bergolek ke mana sahaja asalkan masih berada di katilnya. Bandingkan juga kepadanya, jika masih tidur di katil yang sama (sempadan); dia kurang bebas untuk berpusing. Iyalah katil kan dikongsi bersama mama dan abah, tak ke sempit....

Ubah Katil Anak Ke Tempat Lain

Sampai masanya, ubah kedudukan katil anak anda berjauhan dari katil anda tetapi masih dalam bilik yang sama. Kalau aku dulu, aku letakkan katil anak aku di sudut bilik, jarak dalam 6 langkah kaki. Sebagai permulaan, aku tidurkan si anak dengan cara bercerita bedtime story kegemaran dia sampai dia tertidur. Lama kelamaan dia akan tidur sendiri. Biasanya cara ini memakan masa yang lama juga, bergantung kepada anak masing-masing.

Hiaskan Bilik Anak Anda 

Dua minggu sebelum mengasingkan bilik tidur si anak, hiaslah biliknya seindah yang mugkin mengikut kesukaan anak anda. Anda juga boleh meletakkan glow in the dark dalam pelbagai bentuk supaya boleh menarik minat anak anda. Hias bersama anak anda supaya dia akan merasa teruja untuk tidur sendiri. Beritahu anak anda bahawa dalam tempoh 2 minggu lagi, dia akan tidur di bilik ini sendiri dan dia sudah menjadi budak yang besar...bla and bla...(bodek la sikit).

Teman Anak Tidur

Buat pertama kalinya, teman anak anda untuk merasmikan bilik tidurnya. Seboleh-bolehnya tidur bersama dengannya sehingga pagi pada hari pertama supaya si anak tidak merasa keseorangan dan terkejut apabila tersedar di waktu malam. Malam kedua, bacakan buku cerita kepada si anak untuk tidurkannya. Beritahu dia juga bahawa malam ini dia mesti tidur sendiri dan seandainya terjaga di waktu malam, mama ada di bilik sebelah. Ajarkan padanya juga supaya jangan takut untuk tidur sendiri.

Sekiranya anak anda terjaga di tengah malam dan meluru kebilik anda, usahlah memarahinya. Temani dia untuk tidur semula kerana si kecil tidak akan pandai dalam masa seminggu dua. Percaya atau tidak, Syifa memakan masa setahun untuk diajar tidur sendiri dan si Ilham masih lagi dalam proses tidur di katil berasingan tetapi di bilik yang sama....  


Sehingga Bertemu Lagi...



Wednesday, January 12, 2011

Kerenah Anak Merajuk


Bagaimana cara anda menangani kerenah anak yang suka merajuk? memujuk atau memukul? Kalau pukul, gerenti ke dia berhenti merajuk atau makin parah merajuknya. Kalau dipujuk pula, sampai bila nak dipujuk...habis pujuk merajuk balik.... Itulah yang selalu aku alami tentang anak-anak aku berdua ini. Kadang kadang tu pening juga kepala memikirkan cara nak tangani anak yang sedang merajuk. 

Dibandingkan Syifa dan juga Ilham, Sifa lebih senang dipujuk berbanding adiknya. Sekali saja kita panggil nama dia terus datang. Ilham pula, kalau merajuk dengan mama maka mama lah yang kena pujuk. Dia akan menjerit sekuat hati kalau orang lain yang memujuknya. Syifa pula walaupun mudah dipujuk, tetapi suka berkurung dalam bilik dan bertindak mengunci pintu bilik apabila merajuk...emmm...macam mana nak melayan kerenah anak merajuk ni....

Elakkan Dari Anak Merajuk

Sepatutnya kita mesti elakkan anak kita dari merajuk sebelum dia mula merajuk. Maksudnya, cuba penuhi segala kemahuan anak kita. Apa yang dia mahu, apa yang dia minta dan apa yang dia maksudkan. Dengan cara itu kita dapat mengelakkan dia dari merajuk. Bingit telinga kalau anak start berdendang tangisan....

Cuba Kenali Punca Anak Merajuk

Seandainya anak sedang merajuk, cuba selidik apa yang menjadi punca menyebabkan dia merajuk. Tanya anak anda dengan nada lembut dan kasih sayang. Jangan sesekali bertanya dengan kasar atau dengan nada perli. Anak kita sudah boleh memahami apa yang kita maksudkan.

Pujuk Anak Yang Sedang Merajuk

Pujuk lah anak anda yang sedang merajuk dengan sebaik baik pujukan. Elakkan dari terus memarahi, menghukum atau memukul anak anda kerana hal ini akan menambahkan lagi dia merajuk. Lebih teruk lagi, mendatangkan trauma kepada anak tersebut.

Sudah Dipujuk Tetapi Masih Lagi Merajuk....

Jika kita sudah memujuk tetapi anak masih lagi merajuk...biarkan dia seketika. Seperti orang dewasa, kanak-kanak juga memerlukan masa untuk bersendiri untuk menenangkan diri sendiri. Jika dia berada di dalam bilik, biarkan seketika. Mungkin dalam 5 hingga 10 minit. Selepas itu barulah dipujuk semula.

Anak Tetap Berkeras dan Masih Merajuk

Jika sudah sampai ke tahap ini (tak makan saman), cuba suruh orang lain pula untuk memujuk anak anda, bapanya kah, maid ke, kakak, atok atau sesiapa yang dia rasa senang. Macam aku, kucing yang ada dalam rumah ni aku letak dekat anak yang sedang merajuk tu...sure dia cair punya tengok muka kucing tu...mesti dia tak sampai hati nak sepak terajang kucing tu kan....

Jika semua cara masih juga tidak berkesan, tidak salah jika kita menggunakan sedikit kekerasan. Bukannya hendak menakut-nakutkan anak, cuma sekadar mengajar. Iyalah anak kalau dimanjakan dengan keterlaluan nanti akan menjadi 'Anakku Sazali' pulak kan. Selepas keadaan reda, kita kena terangkan pada anak tersebut rasional kita berkeras dengan dia dan apa salah dia agar si anak sedar akan kesalahannya....

Tuesday, January 11, 2011

Kuching oh Kuching

Salam semua...lama sungguh rasanya aku tak update blog, apa boleh buat selain daripada masalah internet aku ada masalah lain juga...masalah urat...penyakit urat malas timbul...apa nak buat hah....terasa betul2 aku malas dalam seminggu dua ni. Nak bloging pun malas, hai apa la nak jadi aku ni....

Sekadar membuat pengisian, baru baru ni kami sekeluarga bercuti di Kuching Sarawak. Tapi macam tak kena gaya la pulak...hujan ja sepanjang percutian...spoil betul. Di Kuching kami just menginap di Budget Hotel...Arif Hotel. Terletak di jalan Haji Taha...walaupun budget hotel, tetapi aku suka area dekat hotel ni nak cari makan senang. Turun je hotel, banyak gerai makan ada di bawahnya. Harga makanan pun masih murah. Ada macam macam pilihan dari nasi campur, mee, sup, satay dan macam macam lagi lah.

Alang-alang kami di Kuching, kami pergi ke Kota Samarahan melawat kawan lama Cik Abang. Ingatkan dekat mau 2 jam perjalanan dengan kereta...kalau ikut jalan air (feri sungai) memakan masa 1 1/2 jam. Sepanjang perjalanan ke Samarahan banyak ladang kelapa di kiri dan kanan jalan memandangkan produk utama di situ ialah santan kelapa. Banyak juga kilang kelapa di tepi jalan yang aku tengok.

Selain dari Samarahan, kami cuma pusing-pusing sekitar bandar Kuching dan melawat ke tempat-tempat yang biasa orang lain lawat juga (tak perlulah aku cerita panjang lebar). So, apa kata layan ja gambar-gambar kami sekeluarga di Kuching.


Tak sah la kalau tak ambik gambar kat Tugu Kucing ni


Sebelum naik bot ke seberang


 





Aneka kek lapis di Dayang Salhah. Siap masuk dapur dia lagi, untuk tempahan boleh tengok kat sini.

 
Gerai gerai yang menjual kek lapis


Ilham dah bosan coz masa nak balik tu Pak Cik penambang lambat gerak kerana tunggu penumpang lain



Sekitar di Waterfront



Dewan Undangan Negeri

 Dah sampai waktu balik, masa ni pukul 4 pagi...flight pukul 6. Kami orang pertama check in....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...