Sunday, January 16, 2011

Mengajar Anak Tidur Di Bilik Sendiri


Bagaimana caranya anda mengajar anak kecil tidur di bilik sendiri? Berapakah umur yang sesuai untuk mengajar anak tidur di bilik sendiri? Bolehkah anak kecil itu berdikari untuk tidur sendiri di waktu malam...?

Semua persoalan itu aku sendiri pun mengalaminya, ialah masa aku kecil dulu pun sampai umur 9 tahun masih tidur dengan mak dan ayah lagi...so bila aku dah jadi mama ni aku terfikir la...tak kan nak biar anak-anak aku tidur sekatil bersama kami suami isteri sehingga umur 9 tahun kan....dah besar tuu.
Kalau nak diikutkan, memang tidak ada umur yang khusus untuk mengajar anak tidur sendiri di bilik berasingan. Bahkan kalau di negara barat, umur anak 3 bulan pun dia dah asingkan tempat tidur. 

Mulakan Dengan Menjarakkan Tempat Tidur

Untuk permulaan, cuba jarakkan tempat tidur anak anda. Sebagai contoh, letakkan bantal peluk sebagai pemisah antara anda dan anak anda. Bagi tahu pada nya bahawa bantal peluk ini adalah sempadan masing-masing. Sebelah sana sempadan untuknya dan sebelah sini adalah sempadan untuk kita. Sebagai permulaan, bantal peluk diletak dekat sahaja dan lama kelamaan dijauhkan memasuki 'sempadan' anak anda.

Letakkan Katil Bersebelahan Katil Anda

Setelah berjaya dengan cara 'sempadan', beralih pula dengan cara meletakkan katil anak bersebelahan dengan katil anda. Dengan cara ini, si anak masih merasakan bahawa dia masih lagi tidur bersama ibu dan bapanya. Anda boleh memberi tahu anak anda bahawa dia bebas untuk bergolek ke mana sahaja asalkan masih berada di katilnya. Bandingkan juga kepadanya, jika masih tidur di katil yang sama (sempadan); dia kurang bebas untuk berpusing. Iyalah katil kan dikongsi bersama mama dan abah, tak ke sempit....

Ubah Katil Anak Ke Tempat Lain

Sampai masanya, ubah kedudukan katil anak anda berjauhan dari katil anda tetapi masih dalam bilik yang sama. Kalau aku dulu, aku letakkan katil anak aku di sudut bilik, jarak dalam 6 langkah kaki. Sebagai permulaan, aku tidurkan si anak dengan cara bercerita bedtime story kegemaran dia sampai dia tertidur. Lama kelamaan dia akan tidur sendiri. Biasanya cara ini memakan masa yang lama juga, bergantung kepada anak masing-masing.

Hiaskan Bilik Anak Anda 

Dua minggu sebelum mengasingkan bilik tidur si anak, hiaslah biliknya seindah yang mugkin mengikut kesukaan anak anda. Anda juga boleh meletakkan glow in the dark dalam pelbagai bentuk supaya boleh menarik minat anak anda. Hias bersama anak anda supaya dia akan merasa teruja untuk tidur sendiri. Beritahu anak anda bahawa dalam tempoh 2 minggu lagi, dia akan tidur di bilik ini sendiri dan dia sudah menjadi budak yang besar...bla and bla...(bodek la sikit).

Teman Anak Tidur

Buat pertama kalinya, teman anak anda untuk merasmikan bilik tidurnya. Seboleh-bolehnya tidur bersama dengannya sehingga pagi pada hari pertama supaya si anak tidak merasa keseorangan dan terkejut apabila tersedar di waktu malam. Malam kedua, bacakan buku cerita kepada si anak untuk tidurkannya. Beritahu dia juga bahawa malam ini dia mesti tidur sendiri dan seandainya terjaga di waktu malam, mama ada di bilik sebelah. Ajarkan padanya juga supaya jangan takut untuk tidur sendiri.

Sekiranya anak anda terjaga di tengah malam dan meluru kebilik anda, usahlah memarahinya. Temani dia untuk tidur semula kerana si kecil tidak akan pandai dalam masa seminggu dua. Percaya atau tidak, Syifa memakan masa setahun untuk diajar tidur sendiri dan si Ilham masih lagi dalam proses tidur di katil berasingan tetapi di bilik yang sama....  


Sehingga Bertemu Lagi...



0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...