Monday, December 13, 2010

Ikan Bawal Masak Sos

font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;">
Salam Sejahtera....

Hari ni Cik Abang bawa balik ikan bawal, pikir punya pikir apa yang aku nak masak dengan ikan ni haa.... Budak-budak ni tak suka sangat makan ikan, tak suka yang pedas2...hmm akhirnya buat Ikan Bawal Masak Sos je lah. Senang, habis cerita.

Sebenarnya teringin nak masak macam2. Tapi bahan2 dapur aku semua dah balik kedai...(out of stock). Kadang2 tu kan aku teringin nak ada stok barang dapur macam kat hotel tu...nak masak ja capai...capai ja terus masak.....emmmm....tak best macam tu...lagi best kalau,...nak makan ja order...order ja terus makan. Hmmm. kan nikmat hidup kalau macam tu...hehehe. (gelak berangan....)




 Ikan Bawal Masak Sos

Bahan2 nya:

1.   1 ekor Ikan Bawal
2.   Sedikt garam*
3.   Sedikit Kunyit Serbuk*
4.   1 sudu besar Tepung Jagung*
        
5.   1 1/2 inci Halia Muda (diracik halus)

6.   2 biji Tomato dibuang biji**
7.   1/2 labu Bawang Besar**
8.   3 ulas Bawang Putih**
9.   3 ulas Bawang Merah**
10.  2 biji Limau Kasturi (dibuang biji)**
           - ** Dikisar bersama.

11.   5 sudu besar Sos Cili
12.   2 sudu besar Sos Tomato
13.   2 sudu besar Sos Tiram
14.   1 sudu kecil Kicap Pekat
15.   1/2 sudu kecil Lada Sulah
16.   1 sudu besar tepung jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air (jika perlu. untuk memekatkan kuah)
17.   Garam, gula dan serbuk perasa
18.   Minyak untuk menggoreng dan menumis.


Cara2 membuatnya:

1.   Gaulkan ikan dan bahan bertanda *. Gorengkan sehingga garing.
2.   Dalam kuali lain, panaskan 2 sudu besar minyak dan tumiskan halia muda yang diracik sehingga naik bau.
3.   Masukkan bahan yang dikisar, dikacau lagi sehingga sebati.
4.   Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Kicap Pekat dan Lada sulah. Kacau sehingga masak.
5.   Akhir sekali masukkan air tepung jagung (jika perlu), garam, gula dan perasa. Jika suka masukkan baki 1/2 Labu Bawang besar yang dihiris bulat. Curahkan kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng, sedia untuk dihidang. 


pst: Limau Kasturi yang menyedapkan lagi rasa dan aroma. Tak perlu kupas kulitnya, biji sahaja yang dibuang...



 Limau yang dihiris2 tu hiasan je.....



Close up sket halia yang diracik tu....

Sehingga Bertemu Lagi....

Thursday, December 9, 2010

Kerepek Gunting / Kerepek Pagoda

Salam semua, hari ni aku tak pergi kerja. Anak anak suma demam, pengasuh diorang pun turut demam...syukur kudrat aku ni masih larat. Kalau lah aku pun turut sama demam, tak ke haru biru jadinya....Sudahlah Cik Abang out station....oh...dugaan.

Dalam kelam kabut ni, sempat juga aku menggorang kerepek buat Ilham. Ilham ni lain sikit, macam orang mengidam kalau dia sakit. Ada saja benda yang dia minta aku buat untuk dia. Tapi bukan aku nak puji anak teruna aku sorang ni, semangat dia kuat. Walaupun demam dia tetap cergas walaupun suhu badan dah cecah 39 degree. 

Hari ni aku cuma buat kerepek gunting untuk Ilham. Senang, aku pun bukanya rajin ponn...


Kerepek Gunting / Kerepek Pagoda


Bahan bahan ( 1 balang kecil)

1.   250 grm Tepung Gandum
2.   50 grm Marjerin (dipanaskan sehingga cair)
3.   3 sudu besar Udang Kering *
4.   1/2 sudu kecil Jintan Putih*
5.   1/2 sudu kecil Jintan Manis*
6.   1 labu Bawang Besar*
                   - Tumbuk halus bahan2 *
7.   1 sudu besar rempah kari ikan
8.   sedikit daun bawang dihiris halus.
9.   1 biji Telur
10.  1sudu kecil gula
11.   garam secukup rasa
12.   Santan 1/2 cawan yang disejukkan terlebih dahulu di peti sejuk
13.   Minyak untuk menggoreng
14.   Daun kari jika suka.


Cara2 nya:

1.   Satukan tepung gandum dan marjerin yang masih panas.
2.   Masukkan semua bahan kecuali santan, daun kari dan minyak masak. Gaul sebentar.
3.   Kemudian, tuang santan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Jangan terlalu lembut, agak2 macam doh karipap.
4.   Bahagikan kepada beberapa bahagian. Canaikan menggunakan mesin mee/ pasta. Gunting secara memanjang.
5.   Goreng bersama minyak yang banyak dengan daun kari.




Ini yang edisi pedas, untuk mama budak.




Sehingga Bertemu Lagi...

Wednesday, December 8, 2010

Kenapa Aku Malas Pindah

Nak kata aku suka sangat kat rumah ni tak la jugak, banyak jugak bocor-bocor kat bumbung tu. Mungkin sebab kedudukan rumah ni yang strategik kot. Iyelah tak jauh dari pekan, airport n tempat kerja. Tempat tuisyen Si Syifa' pun dekat, kalau agak-agak malas nak pergi pekan tu...aku suruh je pengasuh budak2 ni pergi beli ikan kat pasar. Bukan jauh pun. Tapi kan, bukan sekali dua aku ajak cik Abang pindah. Siap aku carikan rumah lagi. Cik Abang tetap tak nak. Akhirnya aku dapat mengenal pasti beberapa sebab tak langsung yang membuatkan Cik Abang tak nak pindah.

Antaranya,



 Kat rumah ni ada pokok mangga....











Cik Abang banyak tanam bunga-bungaan, sampaikan periuk kera pun dia tanam. Habislah kera tak da periuk nak masak nasi....




Dia ada bela banyak ayam....

dan....
...

...

Sekor kucing yatim piatu...so macam mana nak pindah kalau macam ni Cik Abang oi.....

Tuesday, December 7, 2010

Saturday, December 4, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Adik....

Sekadar memeriahkan blog, aku selitkan beberapa gambar kahwin adik lelaki aku. Kepada Mohd Rizal, diharap rumahtangga sentiasa aman damai hingga ke anak cucu....

Di Kampung kami masih lagi mengekalkan gotong-royong. Dari memasak, membasuh pinggan, menyediakan khemah semuanya dibuat secara beramai-ramai. Di kampung itu juga ada 'Persatuan'nya tersendiri khusus untuk kenduri-kendara ni. Kalau tak silap yuran keahlian cuma RM10 sahaja. Tuan rumah tak payah lagi nak pikir soal khemah, mangkuk pinggan, periuk, kawah dan juga tukang masak. Segala-galanya di buat oleh ahli2 'Persatuan' kampung.

Kami juga masih mengekalkan cara makan berhidang. Kita duduk je nanti ada orang yang tolong hidangkan. Tukang kasi hidang tu kat tempat kami di panggil 'Mentara', ada setengah tempat dipanggil 'Penanggah'...betul ke????? Aku pun tak tahu.

Masakan istimewa kat kampung kami waktu kenduri ialah 'gulai kawah daging + umbut pisang'....pergh....sedapppp....

Kat sini adalah antara beberapa gambar yang masih dalam simpanan aku:





Hidangan pengantin yang disediakan oleh kakak pengantin....siapa kakak pengantin????





Makan berhidang

 Ilham yang tertidur keletihan...sian dia....

 Sehingga Bertemu Lagi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...