Tuesday, December 28, 2010

Ayam Masak Kicap

Salam semua... Lauk ni lauk makan malam kami sekeluarga semalam. Lauk biasa-biasa ja. Semua orang pernah buat Ayam Masak Kicap, tapi seperti yang aku tulis pada posting yang lalu, walaupun nama sama, mungkin resepi dan cara membuatnya berbeza. Tak salah kalau aku kongsi kat sini...untuk rujukan aku jugak nanti. Betul tak...? Marah betul aku dengan line internet kat rumah ni, tak tahu la apa yang tak kena. Asal hujan jer mesti line tak ok...asal...

Monday, December 27, 2010

Bubur Lambuk

Berbeza dari tempat lain Bubur Lambuk dari kampung aku dimasak menggunakan santan. Memang cukup lemak dan sedap, tetapi tak seberapa elok untuk orang yang ada darah tinggi ataupun yang tengah berdiet. Punahlah diet kalau macam ni. Apa-ape pun, tak kisahlah sekadar berkongsi apa salahnya. Biasanyakan Bubur Lambuk ini bukan sahaja dimasak pada  Bulan Puasa, tetapi dimasak juga di majlis kenduri kahwin. Biasanya dimakan pada waktu petang ataupun...

Sunday, December 26, 2010

Apabila anak bertanya...

Bila saya akan dewasa? Kenapa lelaki dan perempuan tidak sama? Dimana saya berada sewaktu mama dan papa kahwin? Macam mana boleh ada baby dalam perut mama? Apa maksud rog** ? Bagaimana baby keluar dari perut mama? Kenapa burung saya berdiri? Tentu anda pernah disoal dengan soalan-soalan sebegini oleh anak anda. Aku juga selalu dihujani oleh pelbagai soalan oleh anak2 ku terutama sekali Syifa'. Kadang-kadang naik lenguh mulut aku untuk menjawab,...

Saturday, December 25, 2010

Syifa nak tolong mama...plz....

Ni gambar anak dara aku...waktu aku sibuk nak siapkan makan malam. Dia pun sibuk nak tolong. Mama, boleh kakak masak nasi. Boleh kakak goreng ikan, boleh kakak buat air.... Boleh, aku jawab...cuci pinggan mangkuk. Dengan harapan dia tak kacau lagi. Rupa-rupanya dia buat la pulak. Tapi bila difikirkan balik, biarlah dia nak belajar. Nanti bolehlah aku rileks...biar Syifa ja yang masak...(amboiii...berangan tinggi langit, anak aku baru 7 tahun). Syhhhhh...masa...

Menu Makan Malam Hari ni

Sekadar nak buat tayangan untuk semua...ini adalah menu untuk makan malam kami hari ni. Simple jer...coz aku sentiasa tak pernah rajin (ayat cover untuk malas hehehe...). Perut pun dah lapar, jam pun dah lewat...jadi aku masak ja apa yang terdaya...dibantu oleh..  ..  Syifa'. Masakan yang ringkas, aku bersyukur sebab Cik Abang tak kisah apa yang dimasak. Semua dia bedal...anak2 aku pulak asalkan ada sup ataupun kuah, jadilah. Ayam Masak...

Ilham...bila menyanyi

Ilham ni jarang nak berlagu...tiba-tiba aku dengar dia menyanyi...aku snap lah, tapi senget lah...layannnn jer lah.... Nanti kalau aku tahu sebab musabab kenapa jadi senget,...aku betulkan balik k.... Seni kata lagu Ilham; Tinggi tinggi Gunung Kinabalu Tinggi Lagi Cayang Pada Kamu Biu-biu Gunung Kinabalu...... Lepas tu dia tak ingat lirik dah...kekeke..... ...

Bubur Asyura

Sempena bulan Muharram ni, aku pun ambik la kesempatan yang ada ni untuk buat Bubur Asyura...(bubur????). Pada mereka yang belum tahu, Bubur Asyura ni ialah sejenih kuih yang hanya boleh ditemui dalam Bulan Muharram. Bahan-bahannya boleh dipelbagaikan, daripada kekacang, ubi, buah-buahan mahupun ayam atau daging. Kan sejarahnya dulu apabila Nabi Noh mengumpulkan semua makanan yang ada di dalam bahteranya untuk dimasak dan dimakan bersama pengikut-pengikutnya...(betulkan...

Saat Gembira...

Cuti sekolah dah lama mula. Aku langsung tak bawa anak anak pergi jalan -jalan lagi. Kakak Syifa asyik tanya, mama...bila kita nak jalan2, bila kita nak berkelah...bila kita nak shoping...and bla..bla... lagi lah. Aku diam je lah. Hujung tahun sememangnya aku busy. Bukan aku sorang saja, Cik Abang pun akan busy kalau hujung tahun ni. Tu yang blog aku dah berapa lama tak da entri baru...(hehehe....alasan). Dalam sibuk-sibuk tu, sempat juga lah bawak...

Monday, December 13, 2010

Ikan Bawal Masak Sos

font-family: Georgia,"Times New Roman",serif;"> Salam Sejahtera.... Hari ni Cik Abang bawa balik ikan bawal, pikir punya pikir apa yang aku nak masak dengan ikan ni haa.... Budak-budak ni tak suka sangat makan ikan, tak suka yang pedas2...hmm akhirnya buat Ikan Bawal Masak Sos je lah. Senang, habis cerita. Sebenarnya teringin nak masak macam2. Tapi bahan2 dapur aku semua dah balik kedai...(out of stock). Kadang2 tu kan aku teringin nak ada stok...

Thursday, December 9, 2010

Kerepek Gunting / Kerepek Pagoda

Salam semua, hari ni aku tak pergi kerja. Anak anak suma demam, pengasuh diorang pun turut demam...syukur kudrat aku ni masih larat. Kalau lah aku pun turut sama demam, tak ke haru biru jadinya....Sudahlah Cik Abang out station....oh...dugaan. Dalam kelam kabut ni, sempat juga aku menggorang kerepek buat Ilham. Ilham ni lain sikit, macam orang mengidam kalau dia sakit. Ada saja benda yang dia minta aku buat untuk dia. Tapi bukan aku nak puji anak...

Wednesday, December 8, 2010

Kenapa Aku Malas Pindah

Nak kata aku suka sangat kat rumah ni tak la jugak, banyak jugak bocor-bocor kat bumbung tu. Mungkin sebab kedudukan rumah ni yang strategik kot. Iyelah tak jauh dari pekan, airport n tempat kerja. Tempat tuisyen Si Syifa' pun dekat, kalau agak-agak malas nak pergi pekan tu...aku suruh je pengasuh budak2 ni pergi beli ikan kat pasar. Bukan jauh pun. Tapi kan, bukan sekali dua aku ajak cik Abang pindah. Siap aku carikan rumah lagi. Cik Abang tetap...

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

...

Saturday, December 4, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Adik....

Sekadar memeriahkan blog, aku selitkan beberapa gambar kahwin adik lelaki aku. Kepada Mohd Rizal, diharap rumahtangga sentiasa aman damai hingga ke anak cucu.... Di Kampung kami masih lagi mengekalkan gotong-royong. Dari memasak, membasuh pinggan, menyediakan khemah semuanya dibuat secara beramai-ramai. Di kampung itu juga ada 'Persatuan'nya tersendiri khusus untuk kenduri-kendara ni. Kalau tak silap yuran keahlian cuma RM10 sahaja. Tuan rumah tak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...