Tuesday, December 28, 2010

Ayam Masak Kicap


Salam semua...

Lauk ni lauk makan malam kami sekeluarga semalam. Lauk biasa-biasa ja. Semua orang pernah buat Ayam Masak Kicap, tapi seperti yang aku tulis pada posting yang lalu, walaupun nama sama, mungkin resepi dan cara membuatnya berbeza. Tak salah kalau aku kongsi kat sini...untuk rujukan aku jugak nanti. Betul tak...?

Marah betul aku dengan line internet kat rumah ni, tak tahu la apa yang tak kena. Asal hujan jer mesti line tak ok...asal line tak ok jer mesti kerana hujan. Nasib baik ler ada jugak broadband ni, dapat la juga aku update blog sambil chat ngan kawan2 lama....





Ayam Masak Kicap

Bahan2 nya ( 3 orang makan):

1.  6 ketul ayam digoreng terlebih dahulu
2.  1/4 cawan kicap lemak manis
3.  1/2 cawan air
4.  1/2 inci halia (diracik halus)
5.  2 cm kunyit hidup (ditumbuk lumat)
6.  1/2 sudu kecil Jintan manis ( ditumbuk lumat) 
7.   2 ulas bawang merah (dimayang)
8.  2 ulas bawang putih (dimayang)
9.  sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
10.  garam dan serbuk perasa
11.  minyak masak untuk menumis


Cara2 membuatnya:

1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, cengkih dan bunga lawang sehingga wangi.
2.  Masukkan jintan manis dan kunyit hidup. Kacau sebentar.
3.  Masukkan air dan juga kicap lemak manis. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu. Renehkan sebentar.
4. Rasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masukkan cili besar dan bawang besar jika suka. sedia untuk dihidangkan...


tada....


...kan dah siap, sesuai untuk orang yang malas macam aku....


0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...