Saturday, December 25, 2010

Bubur Asyura



Sempena bulan Muharram ni, aku pun ambik la kesempatan yang ada ni untuk buat Bubur Asyura...(bubur????). Pada mereka yang belum tahu, Bubur Asyura ni ialah sejenih kuih yang hanya boleh ditemui dalam Bulan Muharram. Bahan-bahannya boleh dipelbagaikan, daripada kekacang, ubi, buah-buahan mahupun ayam atau daging. Kan sejarahnya dulu apabila Nabi Noh mengumpulkan semua makanan yang ada di dalam bahteranya untuk dimasak dan dimakan bersama pengikut-pengikutnya...(betulkan aku, kalau aku tersalah fakta...).

Sebenarnya kalau nak diikutkan, orang buat Bubur Asyura ni pada 1o hb Muharram...sebab tu lah dinamakan asyura...(sepuluh dalam Bahasa Arab). Tapi oleh kerana kekangan kerja dan masa, baru sekarang aku dapat buat. Nak cerita sikit ni, kalau kat kampung aku di Kedah nun...kami akan bergotong royong ramai-ramai untuk masak Bubur Asyura ni. Berkawah-kawah lagi kami buat. Siap campur macam-macam lagi....hai...terkenang di masa dulu....Biasanya kalau di kampung, kami akan pakai beras yang dikisar menjadi tepung berbanding dengan menggunakan tepung beras yang sedia ada dijual. Kanak-kanak lah yang paling syok sekali waktu buat Bubur Asyura ni. Apa tak nya, belum lagi masak...masing-masing dah tunggu dengan daun pisang di tangan...(tukang tester...cukup rasa ke tidak....)...dan, aku lah antara kanak-kanak itu....mmmm...kalaulah masih boleh diulang suasana itu....indahnya.

Bila dah siap Bubur Asyura tu, kami akan berbagi-bagi kepada semua penduduk kampung. Hari ni 10 orang buat...dapat makan, besok 6 lagi orang gotong royong buat...dapat lagi makan, Kiranya sepanjang Bulan Muharram kami sekampung dapat Bubur Asyura free...sedap pulak tu.

Di sini aku letak resepi Bubur Asyura yang diajar oleh Bonda tercinta (terima kasih mak). Mungkin caranya berbeza dari anda semua coz lain tempat lain cara dia...




Bubur Asyura.

Bahan2nya:

Bahan A
1.  500 grm Tepung Beras
2.  50 grm Tepung Gandum
3.  12 cawan Santan dari 3 biji Kelapa
4. 150 grm Gula Pasir 
5.  100 grm Gula Perang
6.  1 sudu kecil Garam

Bahan B
1.  2 batang Serai
2.  1/2 inci Kunyit
3.  1/2 inci Halia
4.  1/2 inci Lengkuas
5.  1 sudu kecil Lada Hitam
6.  1 sudu kecil Jintan Manis
7.  4 helai Daun Pandan


Bahan C
1.  150 grm Kacang Hijau direndam semalaman kemudian rebus sehingga empuk
2.  4 tongkol Jagung Manis atau 2 tin Jagung Krim
3.  3 ketul Ubi Keledek dipotong sebesar ibu jari dan direbus empuk.

Bahan2 lain
1.  Daun Pisang sebagai alas loyang
2.  Beras goreng tanpa minyak dan dikisar halus untuk ditabur di atas Bubur Asyura. 




Cara2 membuatnya.


1.  Satukan bahan2 A, bancuh sehingga tidak berketul. Tapiskan di bekas yang bersih.
2.  Blender halus bahan2 B dengan 1/2 cawan air. Tapiskan. Hampasnya dibuang, airnya sahaja yang digunakan. Campurkan dengan No 1.
3. Panaskan kuali, masukkan adunan tepung tadi di dalam kuali. Kacau sentiasa sehingga berkilat. (memakan masa 1 jam sehingga 2 jam juga)
4.  Masukkan bahan2 C, kacau sebati. Sedia untuk dibekukan dalam dulang ataupun loyang.
5. Taburkan dengan beras goreng. (petua lambatkan basi)




Pst: Bahan2 C boleh ditukar atau ditambah mengikut selera. eg. Pisang, Kacang Tanah, Kacang Kuda, Kacang Merah, Daging atau Ayam.


Bahan2 B boleh ditambah atau diganti dengan rempah kari. Selalunya kalau pakai rempah kari, orang campurkan daging dan kekacang sahaja. Jagung dan Ubi tak dimasukkan.


Jumlah santan bergantung kepada jenis tepung yang digunakan.


Resepi asal berwarna hijau kehitaman sebab pakai kawah. Aku pakai kuali jerr.....

 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...