Berbeza dari tempat lain Bubur Lambuk dari kampung aku dimasak menggunakan santan. Memang cukup lemak dan sedap, tetapi tak seberapa elok untuk orang yang ada darah tinggi ataupun yang tengah berdiet. Punahlah diet kalau macam ni.
Apa-ape pun, tak kisahlah sekadar berkongsi apa salahnya. Biasanyakan Bubur Lambuk ini bukan sahaja dimasak pada Bulan Puasa, tetapi dimasak juga di majlis kenduri kahwin. Biasanya dimakan pada waktu petang ataupun masa orang ramai gotong royong untuk punggah balik khemah ataupun kerusi meja selepas selesai majlis kenduri. Iya lah kan, sudah time kenduri makan nasi, time punggah khemah makan la bubur pulak kan...
Bubur Lambuk
Bahan2nya (untuk 2 orang makan):
1. 1/2 cawan beras (bersihkan terlebih dahulu)
2. 4 cawan air
3. 1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
4. 2 ulas bawang putih dimayang
5. 2 ulas bawang merah dimayang
6. 1/2 inci halia diracik
7. 1 batang serai dititik/ketuk
8. 2 sudu besar udang kering
9. 5 sudu besar daging/ayam cincang
10. 1 sudu besar lobak masin dicincang dan digoreng terlebih dahulu
11. sedikit Bunga Lawang, Bunga Cengkih, dan Kulit Kayu manis (agak2 ajelah sebab 2 orang makan jer, mungkin sekuntum sudah memadai)
12. 1/2 sudu kecil biji halba
13. 1 sudu besar minyak sapi
14. daun bawang, daun sup dan bawang goreng untuk ditabur di atas Bubur Lambuk nanti.
15. Garam dan serbuk perasa secukupnya.
Cara2 membuatnya:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, halba dan serai yang dititik tadi. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan daging atau ayam kisar dan udang kering. Kacau sebentar
3. Masukkan beras dan juga air. Masak sehingga beras hancur dan menjadi bubur.
4. Masukkan lobak masin tadi dan diikuti dengan santan. Kacau lagi hingga santan tadi masak.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sedia untuk dihidang bersama daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Kalau kat tempat lain, Bubur Lambuk diletak sayur kan....? Tapi kat tempat aku macam ini saja rupa dia....Selamat Mencuba.
0 comments:
Post a Comment