Bila saya akan dewasa?
Kenapa lelaki dan perempuan tidak sama?
Dimana saya berada sewaktu mama dan papa kahwin?
Macam mana boleh ada baby dalam perut mama?
Apa maksud rog** ?
Bagaimana baby keluar dari perut mama?
Kenapa burung saya berdiri?
Tentu anda pernah disoal dengan soalan-soalan sebegini oleh anak anda. Aku juga selalu dihujani oleh pelbagai soalan oleh anak2 ku terutama sekali Syifa'. Kadang-kadang naik lenguh mulut aku untuk menjawab, kalau soalan yang biasa2 kira ok lah...buatnya killer questions macam kat atas tu...tak ke berkerut juga dahi kita apabila memikirkan jawapannya.
Oleh kerana aku sering dihujani dengan persoalan2 oleh anak2 aku, di sini aku ingin berkongsi serba sedikit tentang bagaimana aku menangganinya. Aku bukannya pro atau pun pakar psiko kanak2. Sekadar berkongsi apa yang telah aku alami...tak lebih dari itu.
Jawab Dengan Jujur
Sebaik-baiknya kita jawab segala pertanyaan anak kita dengan jujur dan berdasarkan fakta. Anak kita sudah boleh memahami fakta pada jawapan kita itu. Ada kawan aku, anaknya bertanya dimanakah dia berada sewaktu mama dan papa kahwin kerana dalam album gambar tak ada satu pun gambar dia. Kawan aku pulak jawab, "oh...ada kat belakang rumah...tengah main-main". Anak dia tanya lagi; "adik, abang dan kakak pun main di belakang rumah?". Kawan aku pun ... .. .. (terkedu kau). Tak habis dengan itu, seminggu selepas kejadian itu anaknya cakap lagi; "mama... dalam album Mak Su masa kahwin pun tak ada gambar Ain. Dia pun main belakang rumah kah...dia main dengan siapa?". Jawablah dengan betul pada anak-anak kita. Contoh jawapan yang aku bagi, "Kamu belum dilahirkan pada masa itu, sekarang umur kamu 6 tahun sedangkan gambar ini diambil pada tahun 2002...jadi kamu belum dilahirkan lagi.
Fakta yang tidak menakutkan ataupun mengundang imaginasi yang tinggi
Selalunya selepas kita bagi tahu benda yang betul, anak kita akan tanya soalan lain pulak. Macam anak aku, selepas aku jawab dia belum dilahirkan lagi, terus dia tanya; "Oh...masa tu, saya masih dalam perut mama?, macam mana boleh ada baby dalam perut mama?". Kali ni aku yang terkedu. Akhirnya aku jawab, "Sama ada manusia ataupun haiwan, yang perempuan/betina sahaja yang akan melahirkan anak, itu sebab ada baby dalam perut mama... . Nampaknya dia puas hati dengan jawapan aku, tapi aku tengok dia macam terbayangkan sesuatu.
Anak aku juga pernah tanya apa maksud ro***?. Kali ni aku lebih berhati hati untuk jawab soalan dia, iya lah aku takut dia berimaginasi dengan jawapan yang akan aku bagi nanti. Buatnya di membayangkan cara orang mero*** nanti tak ke haru jadinya. Apa pun jawapan yang akan anda beri. pastikan ianya mudah difahami oleh kanak-kanak tanpa ada unsur-unsur yang boleh memberi ruang pada dia untuk berangan.
Minta ditangguhkan
Selalunya, kalau anak aku tanya soalan yang aku rasa berat aku nak jawab atau aku sendiri pun tak pasti jawapannya, aku akan minta tempoh dari anak aku. Sehari ke, seminggu ke. Lepas tu baru aku jawab. Lupa!!!! Anak aku tak kan lupa kalau aku berjanji. Cukup tempoh penangguhan, dia tanya la balik. Siap tulis dalam diari dia lagi.
Selalunya soalan-soalan yang aku selalu minta masa dari anak aku adalah yang melibatkan keagamaan, hubungan lelaki dan perempuan ataupun sesuatu yang memang aku tak tahu sebagai contoh, " Kenapa air laut masin...kenapa hujan dalam bentuk titisan dan bukannya macam air terjun...". So semua tu aku kena hold dulu sampai aku jumpa jawapannya.
Terangkan kenapa tidak ada jawapan untuk soalannya
Mesti anak kita pernah bertanya sesuatu yang kita memang tak boleh jawab. Contohnya kenapa Allah itu satu?, sedangkan masjid adalah rumah Allah...banyak masjid di dunia...adakah Allah pun banyak?. Memang bila sampai bab Ketuhanan, aku akan bingung sebab aku pun tak tahu nak jawab. Aku cuma bagi jawapan kat anak aku bahawa satu ketika nanti dia akan memahaminya. Dia tanya juga bila?. Aku jawab, "akan tahu nanti...lambat laun pasti kamu akan faham. Cuma mama minta sekarang ini kamu usah bertanya lagi perkara ini...."
Apa yang paling penting kita sebagai ibu bapa tidak boleh memarahi anak-anak apabila mereka mengajukan pelbagai soalan kepada kita. Sememangnya kita tidak boleh menjawab dengan tepat 100 peratus, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh memuaskan mereka dan mereka tahu kita masih menyayangi mereka.
mohon share
ReplyDelete