Wednesday, November 10, 2010

Ada apa di Tamu Putatan

Baru baru ni aku sempat ambil beberapa gambar masa aku round2 Tamu Putatan. Terletak lebih kurang 10kilometer dari Bandar Kota Kinabalu. Tamu di Putatan ni di buka selama 3 hari, bermula dari hari Jumaat petang sehingga hari Ahad tengah hari.

Apa yang menariknya di Tamu Putatan ni ialah peniaganya yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik yang ada di Negeri Sabah ni. Tidak seperti kebanyakan tamu lain yang hanya di monopoli oleh sesetengah kaum sahaja. Sebagai contoh, kaum Dusun, Brunei, Bajau, Melayu Semenanjung, Bugis, Cina, India (tapi dah lama aku tak nampak bayaa tu) dan tak kurang juga dengan peniaga asing dari Filipina dan juga Indonesia.

Mereka menjual pelbagai jenis jualan, dari barangan keperluan harian ke kain baju dan juga barangan perhiasan. Satu lagi yang best pasal Tamu Putatan ni (aku rasa semua tamu di Sabah ni pun sama...) segala jenis barangan kampung ada terjual di sini. Pucuk Paku (pakis), nangka muda, rebung, jantung pisang, kulat sisir, pucuk manis, ikan sungai, udang galah...dan banyak lagilah ada terjual di sini dari harga serendah RM1.00 (udang dengan ikan tu kena timbang kilo lah...)

So, apa kata cuba singgah ke Tamu Putatan selepas ini...

 Kaum Dusun dengan jualannya...ada juga buah pinang.



Kelapa dan pisang. Pisang satu longgok RM2.00 (ikut musim la), kelapa harga normal antara 60sen ke RM1.00. Murahkan...



Ikan air tawar yang masih bernyawa. Satu beg plastik tu berharga RM5.00 ke RM15.00 bergantung kepada jumlah ikan.


Buah limau dan pisang yang dijual secara longgok.

Pst: Pisang ni kalau di sini namanya Pisang Sabah.... :-)

Sehingga Bertemu Lagi...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...