Label ni aku buka sekadar untuk berkongsi apa yang aku tau berkenaan keibubapaan atau lebih senang lagi Parenting. Aku juga mengalu-ngalukan sebarang komen atau pendapat mengenai apa yang aku sampaikan...iyalah, ilmu aku bukan sedalam mana...sekadar ingin berkongsi berdasarkan pengalaman mendidik sepasang anak2 ku.
Dari dalam kandungan
Memupuk tabiat membaca di kalangan anak-anak bukanlah susah jika kena dengan caranya. Pernahkah anda terfikir tabiat suka membaca boleh disemai dari dalam kandungan lagi. Seorang ibu yang gemar membaca boleh merangsang bayi di dalam kandungannya. Sebagai muslim, adalah lebih baik memperdengarkan bayi tersebut dengan ayat Quran. Ada juga pendapat menyatakan sekiranya inginkan anak di dalam kandungan menjadi doktor, maka si ibu patut membaca buku-buku berkenaan bidang tersebut seawal kandungannya. Tetapi hal ini belum dapat dibuktikan lagi.
Mempelbagaikan bahan bacaan
Sebagai kanak-kanak, mereka cepat bosan dengan buku-buku yang sedia ada. Sebagai ibubapa, kita hendaklah mempelbagaikan bahan bacaan untuk mereka. Bahan bacaan tersebut tidak semestinya dalam bentuk buku. Sekarang terdapat banyak medium yang boleh digunakan untuk membaca termasuklah internet, rancangan tv atau pun ebook.
Memberi 'award' atau pujian kepada anak-anak
Kanak-kanak gemarkan 'hadiah' ataupun pujian daripada ibubapa. Kita boleh menetapkan, sekiranya anak itu berjaya membaca buku tersebut sehingga habis; ada ganjaran yang menanti dan ganjaran tersebut ialah sebuah buku yang lain. Selain daripada itu, anak-anak hendaklah sentiasa dipuji apabila melakukan sesuatu perkara dengan betul. Pujian dapat menaikkan semangat seorang anak, dan seharusnya pujian anda itu ikhlas dari hati.
Memberi kebebasan kepada anak-anak untuk memilih
Anak-anak wajar diberi kelonggaran untuk memilih sendiri buku yang diminati oleh mereka. Perkara ini dapat membantu memupuk minat membaca di kalangan anak-anak daripada ibubapa sediri yang menetapkan buku apa yang harus dibaca oleh anak mereka. Tetapi perkara ini memerlukan 'guardline' daripada ibubapa sendiri bagi mengelakkan anak-anak membeli buku yang bukan berbentuk ilmiah.
Membeli buku bersiri
Membeli buku bersiri akan menarik minat ingin tahu secara lebih lanjut kepada anak-anak, kerana buku bersiri belum habis ceritanya dan ini menimbulkan perasaan ingin mendapatkan keluaran akan datang buku tersebut. Dewasa ini terdapat banyak majalah ilmiah khusus untuk kanak-kanak yang boleh didapati dipasaran yang diterbitkan secara mingguan mahupun bulanan.
Membawa anak-anak ke perpustakaan
Membawa anak ke perpustakaan adalah perkara yang paling mudah dan murah untuk dilakukan. Anak-anak akan berasa teruja untuk membaca sekiranya melihat orang di sekelilingya turut membaca. Selain daripada itu, terdapat juga kedai buku yang menyediakan bahan bacaan secara percuma ataupun 'reading corner' kepada pelanggannya.
Memupuk minat bersama
Sebagai ibubapa, kita tidak boleh memaksa anak-anak melakukan sesuatu di luar keupayaannya...(keupayaan setiap anak adalah berbeza). Seharusnya kita menanamkan minat itu dahulu dalam diri sendiri, kemudian barulah disemai kepada anak-anak. Duduk bersama anak-anak kita ketika mereka sedang membaca akan lebih mendatangkan hasil kerana anak kecil gemar meniru apa yang dilakukan ibubapa mereka.
0 comments:
Post a Comment