Sunday, November 14, 2010

Tamu Gaya...(Gaya Street)

Hari ni aku berkesempatan jalan-jalan kat Tamu Gaya atau lebih lagi dikenali sebagai Gaya Street. Terletak betul2 di tengah bandar Kota Kinabalu bertentangan dengan Stadium Merdeka. Tamu di sini hanya dibuka pada setiap hari Ahad  bermula dari pukul 6.30 pagi sehingga jam 1.30 tengah hari sahaja.

Berbeza dari tamu2 yang lain, Tamu Gaya menjanjikan 1001 kepuasan dalam membeli belah. Ramai pelancong dari dalam dan luar negeri akan singgah ke Tamu Gaya ini sekiranya telah berada di Kota Kinabalu.

Barang-barang yang dijual pula terdiri daripada barangan harian sehinggalah kepada kraftangan dan juga cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Sekiranya bernasib baik, akan ada pertunjukan kebudayaan mengikut musim (Chinese New Year, Pesta Menuai, Hari Raya dan sebagainya....)

Majoriti penjual di sini adalah bebangsa Tiong Hua dengan sedikit dari suku kaum Dusun dan juga Melayu. Tamu Gaya sangat lah besar sehinggakan aku sendiri pun mengambil masa 1 jam lebih untuk pusing2 ke seluruh tamu...(tu belum lagi singgah beli barang....).

Ini adalah diantara gambar yang sempat aku snap....

Haiwan peliharaan yang turut dijual disini.


Kebetulan ada pertunjukan ular.


Aku geli kalau nak pegang macam ni.


"Racun Semuttt, Racun Tikusss"...anda akan mendengar suara penjual ni dari jauh lagi.


Ayam Serama dan Hamster.

ikan peliharaan juga ada disini.

Ada pokok-pokok kecil.


Ada pokok besar.


Kulit siput dan kerang-kerangan.


Pasu antik dan alat muzik tradisional juga turut dijual.


Keris pun ada....


Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati di sini

Sehingga Bertemu Lagi...

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...